R3 bodykit

R3 bodykit
ada duit lebih nanti, akan ku transform 'blacky' ku dgn bodykit R3..insyaAllah..

BLACKY

BLACKY
masih standard lagi..kalo ada rezki, masuk bodykit R3..

Thursday, November 25, 2010

5 brothers

Assalamualaikum w.b.t

saja nk share gambar2 kami 5 beradik sewaktu majlis makan2 sempena perkahwinan ayah kami dgn pasangannya..hihi..

ayahku kawin lagi~~~(selamba aku karok lagu ni masa kenduri tu..hahaha.. ;p)

tahniah buat abah kerna mendapat teman hidup yg baru. uda hepi sgt2!!!

sesungguhnya, adalah amat payah utk kami berlima bersama..dah berapa kali raya ntah, mmg x pernah complete.. sbb tu aku amik inisiatif utk snap gamabr ni..mmg amat berharga..


yang, nyah, yop, uda & adik..

rear view of us!!

da' LIMA..haha..

ok..gambar yg ni adalah mengikut urutan..hahaha..


kacak tak?? ;p

ah-ha!! takde satu pun gambo pompuan kan?hahaha..ya, mmg kami 5 beradik adalah lelaki..
dan Allah MAHA ADIL.. anak sdara aku dua2 pompuan..hehe..

sekian, wassalam..

Monday, November 22, 2010

21-11-2010

tanggal pada tarikh yang seperti tajuk di atas, (macam bersepah je struktur bahasa aku.. ;p) merupakan hari yang istimewa buat aku.
yup, it's MY BIRTHDAY!!! ahahahahaha.. =D


**singing mode**
'Allah selamatkan kamu..'

'Allah selamatkan kamu..'

'Allah selamatkan Mohsien Jamaluddin..'

'Allah selamatkan kamu..'


mintak maap la banyak2 noh pada semua kawan2 yang mengwish di mukabuku.. tak dapat nak membalas dgn ucapan terima kasih secara terus (on the spot..heheh..) sebab keterbatasan untuk beronline.. tapi Sesungguhnya, Semoga Tuhan sentiasa merahmati anda semua.. Amin~~~

ye la.. nak buat mcm mana kan..demam raya haji x abes lagi.. bukannya sibuk p beraya mana2, tapi sibuk menghabiskan cuti. sibuk tgk sukan asia guangzhou2010.. hahaha.. (sebab dah terambik cuti & malas nak
cancel balik)

ok, cerita balik pasai 21hb nov ni.. memang la besday aku.. tapi nk story pasal pengisian dia.. hahaha.. takdak la
celebrate apa pun.. not even a slice of cake!!! huahuahua.. but it doesn't matter~~~ pagi2 tu aku dapat wish secara depan2 dari makcik kesayanganku, Puan Noor Rizan @ Acu.. dengan busuk masam x mandi lagi, dengan air liur basi macam rimau bertaring..(baru bangkit tidoq) selamba ja acu peluk & cium aku..hahahaha..LOVE U SO MUCH ACU!!! lalu acu menggorengkan pisang tanduk yang di beri oleh kawannya selaku menu special sempena hari jadi aku.. (pisang goreng is my fevret). paksu plak kuaq p beli nasi lemak untuk kami semua..


my new cuzzie; rania mandi dalam sinki ja..hahaha..sgt2 montel!!!

then, tengah hari tu acu & famili nak p kenduri orang kawin kat kg. sri kinta (kampung belah arwah mak), tp aku tak p sebab dah pasang niat nak p jumpa member yang kebetulan dok jaga adik dia kat Hospital Ipoh. (Hospital Raja Permaisuri Bainun). tapi sebelum tu aku singgah dulu ke pusara arwah mak tercinta di jalan bendahara... ='( okeh, selesai bacaan yasin & tahlil ringkas, aku trus p hospital. tapi mamat yg aku nk jumpa tu tak sampai2 lagi..asbestos btoi la.. dia ada pas, bleh la nak masuk anytime.. yang aku ni bleh masuk time melawat ja..hahaha..

adik dia tu dok kat wad 8C..wad yang sama dgn arwah mak dulu.. dengan cuaca yg agak terik, aku pun tunggu la dalam wad 8C tu..dok kat area reception..sebab sejuk sket..hahaha..dekat sejam jugak la aku tunggu mamat tu..hahaha..LOCO oh LOCO.. (nick name dia)


finally,
loco tiba smbil membawa nasi bungkus utk adik dia. (sebab adik dia x berkenan mkn makanan hospital. tak sedap.. kata budak tu) haha..macam2... ;p
tp zaman arwah mak dulu, aku yang sental makanan hospital tu kalo mak tak abis mkn..hahahaha.. aku pun ikut loco ke bilik adik dia.. masuk2 je bilik tu, tergamam & terkedu jugak aku utk seketika sebab bukan takat wad je yg sama, tapi bilik dengan katil2 skali sama.. OMG~~membuatkan aku terimbau kembali masa awal 2009 dulu..huu~~~

sayup je aku tgk adik si loco tu..tp budak tu ceria..
she always smile.. buat aku rasa lega jugak.. =) sesudah loco menghidangkan makanan utk adik dia, kami pun p la mkn sat kat nasi vangee~~sedap oo~~hahaha..dok melepak dgn loco, tp aku sorang je mkn..borak2, air masing2 dua gelas/sorang.

sedar2 jam dah 4.30 petang..kami pun blah dari kedai nasi vangee~~ tu..hahaha..loco antaq aku kat keta, (sebab p mkn naik keta dia) then aku pun gerak.. nk rehat2 sbb sok nk keja dah..mlm tu kena gerak blk kulim..


tapi yg paling tak best ialah kehilangan pingat emas acara
single badminton lelaki.. penat je aku tunggu abes game..kalo tau, mmg aku gerak trus blk kulim..ahahaha... but its ok.. tahniah utk pingat perak.. **tiba-tiba**

okeh, itu saja coretan utk bulan november ini..


wassalam..


1 BULAN, 1 ENTRI, 1 MALAYSIA

hik..hik..hik.. ;p




Wednesday, October 20, 2010

Kursus Sosiologi..

Assalamualaikum w.b.t

saja nk bercerita tentang pengalaman mengikuti kursus sosiologi pegawai2 belia & sukan 1 malaysia. kursus tu berlangsung pada 12-19 oktober 2010 di kompleks rakan muda taiping.

utk tempoh 8 hari tersebut, hanya ada 3 penceramah @ fasilitator shj..hahaha..

ok, back to the topic...my experience..
kami diajar mengenai sistem data SPSS..yg dulunya, kat universiti, batch aku tak dak lg blajaq pasai SPSS ni..tp bacth bawah aku ada la..hahaha..nyesal plak x blajo dgn depa tu.. =p

kami diajar mengenai proses soal selidik, mengumpul data, menganalisa data & juga mempersembahkan data..waduh2, penin kepala ku ketika mula2 install spss dlm lappy..

tp, berkat niat utk blajaq, akhir nya paham jugak la sket2..hahahaha..

tp aku suka dgn cara Lt Kol (B) Daud..
ilmu beliau mmg banyak..meliputi bab duniawi & akhirat..
hari2 beliau buat kuliyyah subuh & kuliyya maghrib..
bukan 30 minit or 1 jam..tp almost 2 jam..hahahaha..
tp betul, mmg byk input2 yg bermakna yg telah disampaikan..
TERIMA KASIH TUAN!!!

semoga ilmu2, sunnah2, pengajaran2 yg telah tuan berikan akan sy amalkan dan sy kongsikan bersama2 dgn rakan2 yg lain..insyaAllah..

akhir kata, jadilah insan yg BERGUNA...

wassalam~~~ ^_^

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Jadi Abah!!!

Assalamualaikum w.b.t

hari ni, 5-9-10. genaplah 58 tahun umur abah. malam td aku saja tidur lewat sket. sebab nak sgt tunggu detik 0000-05092010. nak wish abah. (excited gila!!) hehehe. blk dari gym je dah pukul 11 lebih. badan pulak letih. kena hujan plak tu. sampai2 terus mandi. (takut demam..nak raye dah ooo~~~) mcm2 uda (my nickname among my family) buat utk tak terus tidur. mengunyah (biskut sumbangan nestle waktu persidangan GMUN hari tu & kuih raya yg di beli) dan juga menonton video cd StormBreaker (syiok gak citer ni..)ahaha.. di kesempatan ini, dalam blog uda ni, uda nak ucap sekali lagi, SELAMAT HARI ULANG TAHUN BUATMU WAHAI ABAH. LIFE MUST GO ON. WALAUPUN AKAN TERASA KESYAHDUAN BERAYA KALI KE-2 TANPA INSAN YANG KITA SEMUA SAYANGI. UDA AKAN SENTIASA DOAKAN KESEJAHTERAAN KEDUA ORANG TUA UDA. INSYAALLAH.AMIN~~~

AL FATIHAH TO ARWAH BONDA TERCINTA. HJH ABRIAH BINTI HASHIM-(150409)

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

salam ramadhan untuk semua...

alhamdulillah, seharusnya kita panjatkan kesyukuran sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi diberikan nyawa, diberikan nikmat hidup di dunia untuk menikmati keindahan bulan ramadhan pada tahun ini.

ini merupakan ramadhan yang ke-2 buat diri ku, abah serta adik-beradik yang lain tanpa kelibat insan yang amat kami sayangi iaitu; Hjh Abriah binti Hashim..Moga roh bonda sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T insyaAllah...sesungguhnya, aku sangat2 merindui arwah bonda ku.. ='(

oleh yang demikian, untuk kita yang masih lagi bernyawa, banyakkan lah amal ibadat di bulan yang mulia ini. sememangnya banyak fadhilat & rahmat yang boleh kita peroleh.

begitulah sedikit peringatan dan nasihat buat diri ku serta rakan2 yang lain..

selamat berpuasa.. =)

sekian..

Thursday, July 29, 2010

lama ku tinggalkan

salam untuk semua. lama bebenor aku tinggalkan blog ni. maybe sebab sibuk dengan kerja or mungkin juga sebab tak berapa nak minat. hahaha. ada perkara lain yang lebih menarik minat aku gamaknye.=)

anyway, skrg aku kembali. cuba untuk kembali menulis apa2 pengetahuan, pendapat, isu semasa, pengalaman hidup dan bermacam-macam lagi yg boleh dikongsi bersama dengan anda semua.

semoga kita semua sentiasa ceria dan tenang dalam hidup. INSYAALLAH.

Thursday, June 10, 2010

World Cup 2010

salam untuk semua. salam 1 Malaysia.
bermula pada malam ini, akan terbukanya gerbang PIALA DUNIA. (South Africa vs Mexico)
namun begitu, adakah edisi WC pada tahun ini akan lebih meriah dan menarik berbanding dengan tahun2 sebelumnya?
belum lagi mula perlawanan pertama, sudah ramai pemain2 terkenal yang mengalami kecederaan.kalau kecederaan itu diperoleh dari perlawanan pemanas badan atau persahabatan boleh terima lagi. tapi kalau sebab training???????sama2 lah kita fikirkan...
apa2 pun, kita sememangnya mengharapkan aksi2 yang terbaik dari pemain2 pujaan masing2.
harap2 nya, akan adalah kejutan2 yang akan dapat kita saksikan sepanjang musim PIala Dunia pada tahun ini.

sekian.